MENU

Sebanyak 7 Premis di Puncak Alam dan Saujana Utama telah diarahkan tutup serta merta kerana tidak termasuk di dalam perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi.

Premis yang diarahkan tutup adalah melibatkan perniagaan kelengkapan rumah (houseware), kedai kosmetik dan kedai vape.

Pemantauan turut meliputi kawasan pasaraya, 3 amaran lisan diberikan kepada 3 pasaraya untuk meningkatkan kawalan dan mengurangkan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa.

Didalam operasi tersebut, 1 kompaun di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 kepada seorang warga asing yang tidak mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejatera.

MDKS menggesa agar orang ramai dan pemilik perniagaan untuk sentiasa peka dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama kita memutuskan rangkaian Covid-19.

#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MDKS

  

  

  

Last Updated: Wednesday, 28 September 2022 - 8:37am