MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menambah aset menyelamat sebanyak dua unit bot fiber dan satu unit bot aluminium beserta enjin sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk banjir.

Penambahan aset itu bertujuan membantu Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) MPKS menyalurkan bantuan awal kes kecemasan dan bencana sebelum agensi keselamatan tiba.

Selain itu, aset ini dapat membantu anggota melalui penggunaan bot yang ringan dan mudah dikendalikan sesuai dengan operasi penyelamatan di kawasan taman perumahan dan kawasan kampung.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

Bot Penyelamat Bot Penyelamat Bot Penyelamat

Last Updated: Wednesday, 29 June 2022 - 9:49am