OBJEKTIF
- Memastikan semua kutipan hasil dapat dikutip pada tahap yang maksima dan mengurangkan tunggakan cukai bagi memastikan hasil kerajaan dapat dikutip sepenuhnya.
- Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang baik dan menyediakan kemudahan awam bagi mewujudkan bandar yang bersih dan cantik.
- Mewujudkan perkhidmatan yang efisyen dan efektif melalui permodenan sistem pentadbiran Majlis selaras dengan pembangunan ICT.
- Mewujudkan perancangan strategik untuk membangunkan bandar, mengurangkan masalah lalu lintas dan pencemaran alam sekitar ke arah pembangunan mampan serta penyediaan kemudahan pelancongan.
- Mempertingkatkan program-program pembangunan kemanusiaan kepada kakitangan dan penduduk kawasan Majlis serta tahap keselamatan yang baik di samping mewujudkan bandar yang bersih dan indah.
PERANAN
- Memastikan semua pembangunan atau kawalan pembangunan di kawasan MPKS dilakukan melalui Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sediada.
- Mempertingkatkan kecekapan pengurusan hasil Majlis.
- Memantapkan pembangunan perkhidmatan perbandaran dari aspek pungutan sampah, pembersihan longkang, pemotongan rumput dan penyelenggaraan jalan.
- Mempromosikan produk-produk pelancongan setempat seperti eco-tourism, agro-tourism, sport-tourism dan edu-tourism.
- Menyedia dan menyelenggara infrastruktur dan kemudahan awam.
- Membuka peluang dan ruang dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan.
- Melaksanakan program pembangunan belia dan kemasyarakatan.