MENU

LAWATAN JAWATANKUASA PENILAIAN PEMATUHAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA) UNTUK SISTEM APLIKASI PERAKAUNAN DAN KEWANGAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR (MPKS)

Lawatan Jawatankuasa Penilaian Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) untuk Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) adalah bertujuan untuk membuat semakan dan penilaian terhadap kriteria pematuhan SAGA.

Panel penilai jawatankuasa pematuhan SAGA adalah terdiri daripada Encik Mohamad Nor Azam bin Sabtu Timbalan Pengarah, Bahagian Khidmat Perundingan (BKP), Puan Normadiah binti Ismail (Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat , JANM), YM Tengku Azharuddin bin Tuan Mohd Amin (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Kewangan Malaysia), Encik Muhammad Azhar Fairuzz Hiloh (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Perunding, JANM) dan Encik Afiq bin Mohd Azman (Pen Pegawai Ekonomi, UPEN - Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan).

Sesi ini turut disertai oleh pasukan sekretariat pematuhan SAGA iaitu Puan Norfarazila binti Abd. Rahim (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Perunding, JANM), Encik Amrul Fazli bin Mohamad (Penolong Akauntan Kanan, Bahagian Khidmat Perunding, JANM), Puan Nadzirah binti Mohd Surur (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Perunding, JANM).

Setelah selesai sesi audit, panel panilai telah berpuas hati dan seterusnya mengiktiraf untuk diperakukan kepada pensijilan SAGA ke atas sistem perakaunan dan kewangan MPKS. MPKS merupakan Pihak Berkuasa Tempatan keempat di dalam negeri Selangor yang telah mendapat pengiktirafan SAGA

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perbendaharaan dan Unit Teknologi Maklumat serta urusetia yg terlibat

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

SAGA SAGA 

SAGA SAGA 

SAGA SAGA 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 Mei 2022 - 3:39pm