MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Kuantan pada 13–14 Jun 2022.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai pembangunan, pengoperasian dan penyelenggaraan serta perkara-perkara berkaitan produk pelancongan di Bandaraya Kuantan khususnya Pusat Pelancongan Zoo Teruntum, Kuantan.

Kunjungan rasmi ini adalah inisiatif dan komitmen MPKS untuk mempelbagaikan produk-produk pelancongan baharu di daerah Kuala Selangor sekaligus menambah rantaian produk pelancongan yang sediada.

Delagasi lawatan MPKS diketuai oleh Puan Rahilah binti Rahmat, Yang Dipertua MPKS dan disambut oleh YH. Dato' Hajah Hamiza binti Hamzah, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan.

Lawatan ini turut disertai oleh pegawai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBDS) serta Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

MPKS berharap agar lawatan kerja ini dapat membantu sektor pelancongan tempatan untuk terus berdaya saing dan menepati Indikator 9 di dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu membina infrastruktur kukuh, mempromosikan industri yang menyeluruh dan mampan serta merangsang inovasi.

Pautan Video Lawatan Kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor ke Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang 

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 29 Jun 2022 - 9:49am