MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor menawarkan pengurangan sebanyak 50 peratus bayaran kompaun pelbagai bagi semua kesalahan kepada orang awam yang telah dikenakan kompaun daripada pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Kempen ini bertujuan memberi ruang kepada orang awam untuk menjelaskan kompaun dan orang ramai digesa untuk mengambil peluang ini bermula 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 .

Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui ip3ks, aplikasi CEPat - Citizen E-Payment dan aplikasi PBTPay. Selain itu, pembayaran secara terus juga boleh dibuat setiap Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang di Ibupejabat MPKS dan Kaunter Pandu Lalu MPKS.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Perundangan MPKS di talian 03-32897385 samb. 30

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

Kempen 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 29 Jun 2022 - 9:49am