Cara Membayar
- Semua bayaran hendaklah disertai dengan bil asal.
- Cek-cek dan wang kiriman dan sebagainya hendaklah dipalang dan dibayar kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
- Hanya resit-resit yang ditulis atau dicetak dengan mesin yang diberi kuasa oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor sahaja diakui sah.
- Resit-resit hendaklah diperolehi setelah membuat bayaran.
Peringatan Penting
- Bil cukai taksiran mestilah dibayar secara pendahuluan bagi setengah tahun pertama sebelum 28 Februari dan setengah tahun kedua sebelum 31 Ogos. Bil-bil berkenaan akan dihantar kepada pemilik-pemilik ke alamat yang tercatat dalam rekod MPKS pada awal setengah tahun yang berkenaan.
- Notis tuntutan akan dikeluarkan jika pembayaran tidak dijelaskan bagi setengah tahun pertama selepas 28 Februari dan setengah tahun kedua selepas 31 Ogos tanpa apa-apa amaran lagi. dengan bayaran notis pada kadar seperti berikut:
- RM 100 dan ke bawah RM5.00
- RM 101 ke atas 5%
- Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu jabatan ini di atas penukaran pemilik bagi harta-harta termasuk dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
- Kalau tuan/puan tidak menerima bil asal, sila datang ke pejabat MPKS untuk mengambil salinannya sebelum tempoh di atas.