Garis Panduan Mengemukakan Pelan Bangunan Rumah Kediaman (Sesebuah)
- Dokumen-dokumen mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:
- Borang A dan Borang Permohonan yang Lengkap dikemukakan
- 3 Salinan suratan hakmilik/ Salinan surat perjanjian jual-beli
- 3 Salinan cukai pintu (terbaru)
- 3 Salinan cukai tanah (terbaru)
- 8 Salinan Sijil Layak menduduki tetap serta lampiran
- 1 set linen dan 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
- 6 set kertas diwarnakan merah pada pelaan lokasi dan pelan tapak sahaja
- 3 Salinan pelan "pra hitungan"
- 1set pelan struktur (tetulang) dan kiraan yang disahkan oleh Jurutera Bertauliah dan cop memperakui terima tanggungjawab
- Nama, alamat, No. telefon dan tandatangan dan cop memperakui terima tanggungjawab oleh arkitek/pelukis pelan yang berdaftar
- Nama, alamat surat menyurat, No. telefon, tandatangan dan No Kad Pengenalan terbaru pemilik
- Pelan-pelan hendaklah disusun (dilipat) dan dikepilkan mengikut susunan serta mengandungi perkara-perkara di bawah ini:
- Pelan Lokasi dengan skala yang munasabah/sesuai dan mengandungi maklumat berikut:
- Tapak lot bangunan yang dicadangkan bersama dengan nombor lot
- Nama-nama jalan dan bangunan di kawasan persekitaran yang dapat menjelaskan kedudukan lot tersebut
- Tunjukkan arah utara dan skala
- Lot berkenaan hendaklah diwarnakan (merah)
- Pelan Tapak dengan skala 1 : 30 dan mengandungi maklumat-maklumat berikut:
- Tapak lot bangunan yang dicadangkan bersama dengan nombor lot.
- Nama-nama jalan masuk, jalan bersebelahan dengan nama jalan untuk lot berkenaan
- Jalan-jalan dan bangunan bersebelahan dengan lot tersebut
- Arah saliraan air permukaan
- Arah saliran air kumbahan dari bangunan kelurang (manhole) ke main sewer line/ke sistem rawatan najis
- Lebar jalan dan lebar lorong belakang
- Dimensi bangunan dan jarak dari sempadan jalan (keperluan minima - Depan - 600mm, tepi dan belakang - 300mm)
- Dimensi sistem rawatan najis dari sempadan jalan (keperluan Minima 600 mm dari sempadan)
- Lebar driveway hendaklah 600mm maksima
- Kedudukan kebuk sampah/ peti surat
- Pelan lantai bagi tiap-tiap tingkat hendaklah mengandungi perkara berikut:
- Skala minima 1 : 100
- Dimensi berangka garisan bangunan dengan sempadan-sempadan
- Dimensi berangka saaiz bangunan
- Dimensi berangka bilik-bilik ruang
- Dimensi berangka ketebalan dinding
- Dimensi berangka saiz pintu, tingkap, telaga udara dan ruang-ruang terbuka
- Arah saliran "rainwater down pipe" ke longkang
- Arah saliran air kumbahan dari sinki, tandas, bilik mandi dan lain-lain melalui "floor trap" gully trap". Luring (manhole) dan ke "main sewer line".
- Nyatakan kemasan lantai dan dinding serta jenisnya
- Lebar/jenis driveway (maksima 600mm)
- Saiz kebuk sampah
- Pagar/pintu pagar
- Tembuk penahan (jika ada)
- Pengunduran sistem rawatan najis dari sempadan (minima 600mm)
- Dimensi tangga, anak tangga dan jenisnya
- Pemandangan hadapan, belakang dan sisi hendaklah mengandungi perkara-perkara
- Kemasan dinding
- Tembuk penahan
- Jenis/kecerunan bumbung dan lain-lain berkaitan
- Nyatakan jenis tingkap/pintu dan bukaan-bukaan yang lain
- Pelan muka-muka keratan lintang, bujur dan muka-muka keratan yang lain menunjukkan:
- Lebar dan dalamnya asas tapak dan ketebalan dinding sekat dan lantainya
- Tinggi tingkap, tangga, pintu, tingkap dan lubang pengudaraan
- Saiz tempat letak dan arah gelegar lantai, rasuk dan binaan bumbung serta binaan yang digunakan dalam pembinaan struktur itu.
- Bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaan struktur itu
- Kemasan dan tinggi dinding
- Jarak dindding ke pagar/sempadan
- Kedudukan "vent pipe"
- Saiz pagar/pintu pagar
- Pelan bumbung
- Pelan terperinci
- Longkang pembentungan dan driveway dengan kekisi besi
- Pepasangan sanitasi
- Diagrammatic sanitary layout
- Diagramatic Pumbing layout
- Kebuk sampah (tempat pembunagan sampah dengan ukuran minima 600mm X 600mm) dan peti surat
- Lurang (manhole)/inspection chamber
- Pelan pagar/pintu pagar
- Tembuk penahan (jika ada)
- Keperluan untuk dapur dan tandas
- Lantai dari jenis jubin
- Dinding jubin (minima 150mm)
- Floor trap
- Gully trap
- Kehendak-kehendak am:
- Pembukaan bersih longkang/pembentungan di bawah jalan masuk tidak kurang daripada 1300mm beserta kekisi besi saiz 600mm X 450mm dan wing wall
- Lebar jalan masuk (driveway) tidak lebih daripada 6000mm (tidak termasuk 900mm untuk "slab" ke kebuk sampah)
- Kebuk sampah (tinggi - 1220mm) kemasan jubin (keluasan dalam 610mm X 610mm)
- Pelan Lokasi dengan skala yang munasabah/sesuai dan mengandungi maklumat berikut:
- Semua pelan hendaklah dilukis mengikut skala berikut:
- Pelan lokasi - apa-apa skala yang sesuai
- Pelan lokasi - tidak kurang daripada 1:300
- Semua pelan bangunan - tidak kurang daripada 1:100
- Kemukakan pelan papan tanda projek bersama-sama pelan bangunan
Peringatan:
- Kerja-kerja pembinaan tidak boleh dimulakan sebelum permohonan diluluskan oleh MPKS. Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan pemilik yang berkenaan dikenakan 10 kali gandaan bayaran proses pelan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 Jadual Pertama Undang-undang Kecil 17
- Sebarang pindaan kepada pelan kelulusan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan untuk kelulusan sebelum pindaan dilakukan
- 4 set pelan pindaan hendaklah dikemukakan termasuk 1 set linen
- Kerja-kerja baru diwarnakan merah dan kerja-kerja lama diwarnakan biru
- Semua pelan lokasi dan tapak diwarnakan merah
- Pihak tuan dikehendaki mendapatkan sendiri surat/pelan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan