Garis Panduan Permohonan Kelulusan Nama Taman, Nama Jalan Dan Nombor Bangunan
-
Mengemukakan satu salinan pelan tatatur yang diperakukan oleh Pengarah, Jabatan Perancang Bandar dan desa, Negeri Selangor ATAU surat kelulusan Kebenaran Merancang oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor
-
Mengemukakan satu salinan kelulusan pelan bangunan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor ATAU Pelan Pra hitungan yang telah disahkan.
-
Mengemukakan surat permohonan yang ditandatangani oleh Pemaju/Arkitek/Jururancang Bertauliah. Surat permohonan hendaklah mengandungi:
* Lokasi tapak projek (nombor lot, mukim)
* Lokasi kawasan
* Kandungan projek pembangunan yang akan dimajukan
*Cadangan nama taman untuk dipertimbangkan
-
Mengemukakan 6 set pelan cadangan nama jalan dan nombor bangunan (kertas ammonia) yang dilipat pada saiz F4 untuk kelulusan. Semua pelan hendaklah dilukis, ditandatangani dan diperakui oleh Arkitek/Jururancang Bertauliah.
-
Nama taman yang dicadangkan hendaklah:
* Dalam Bahasa Malaysia
* Mempunyai identiti Malaysia
* Mempunyai sebab/alasan mengapa nama tersebut dicadangkan
-
Bagi kawasan yang kurang daripada 10 ekar, pemohon/pemaju disyorkan menggunakan nama taman yang sama dengan taman/projek yang bersebelahan/berhampiran dengan tapak projek.
-
Pelan-pelan hendaklah mengandungi:
* Tajuk projek
* Tajuk pelan
* Pelan kunci
* Pelan lokasi
* Nama, alamat, nombor telefon dan cop pemaju/Arkitek/Jururancang bertauliah disetiap helaaian pelan
-
Pelan cadangan alamat hendaklah menunjukkan:
* Nama-nama jalan dicadangkan
* Nombor bangunan yang dicadangkan
* Contoh-contoh cadangan alamat yang lengkap dengan nama taman, nombor bangunan, nama jalan dan poskod (jika ada)
* Pelan cadangan alamat diwarnakan mengikut warna piawaian perancangan
* Lokasi pemasangan papan tanda nama jalan (ditandakan)