Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

Arkib Pengumuman

SALAM MAAL HIJRAH 1448H
SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Sempena kedatangan Awal Muharam 1448 Hijrah, Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam.

PERTANDINGAN PREMIS MAKANAN BERSIH 2026
PERTANDINGAN PREMIS MAKANAN BERSIH 2026

πŸ“’πŸ½οΈ PERTANDINGAN PREMIS MAKANAN BERSIH 2026 🍽️

SIRI KONVOI #JOMSANTAIKUALASELANGOR 2026 | SELANGOR – TERENGGANU
SIRI KONVOI #JOMSANTAIKUALASELANGOR 2026 | SELANGOR – TERENGGANU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan mengadakan Siri Konvoi #JomSantaiKualaSelangor 2026 ke Negeri Terengganu pada 15 Jun 2026 bagi mempromosikan Kuala Selangor sebagai destinasi pel

CINTAILAH PANTAI KITA - PENANAMAN POKOK CASUARINA DI PANTAI SUNGAI BURONG
CINTAILAH PANTAI KITA - PENANAMAN POKOK CASUARINA DI PANTAI SUNGAI BURONG

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput orang ramai untuk menyertai Program Cintailah Pantai Kita (Penanaman Pokok Casuarina) Tahun 2026 yang akan berlangsung dengan pelbagai pengisian menarik dan penuh kemeriahan.

πŸ“… Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)

JOM MERIAHKAN PROGRAM KEBUDAYAAN MPKS 2026
JOM MERIAHKAN PROGRAM KEBUDAYAAN MPKS 2026

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Program Kebudayaan MPKS 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)

ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR 2026 (AINS 2026)
ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR 2026 (AINS 2026)

Inovasi adalah pemacu utama pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Sehubungan itu, penyertaan bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2026 (AINS 2026) kini dibuka.

Bertemakan "Kesejahteraan Negeri Selangor", Anugerah ini mengiktiraf inovasi yang dapat meningkatkan kecekapan dan nilai tambah selaras aspirasi pembangunan Negeri Selangor.

NOTIS MAKLUMAN PERKHIDMATAN TREM BUKIT MALAWATI
NOTIS MAKLUMAN PERKHIDMATAN TREM BUKIT MALAWATI

Dimaklumkan bahawa waktu operasi Perkhidmatan Trem Bukit Malawati pada hari Sabtu, 6 Jun 2026 akan diubah kepada 9.00 pagi hingga 2.00 petang bersempena Program Larian Obor SUKMA XXII Selangor 2026.

Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan trem di sekitar kawasan pelancongan Kuala Selangor disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga KDYMM Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kemakmuran.

PAKEJ PENGUKUHAN DAYA TAHAN SELANGOR – PENGANKUTAN AWAM UNTUK WARGA SELANGOR
PAKEJ PENGUKUHAN DAYA TAHAN SELANGOR – PENGANKUTAN AWAM UNTUK WARGA SELANGOR

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah melancarkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan inisiatif khas bagi membantu meringankan kos pengangkutan awam rakyat.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SALURAN BAYARAN DALAM TALIAN
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SALURAN BAYARAN DALAM TALIAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor ingin memaklumkan bahawa semua saluran bayaran dalam talian akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja pembaikan sistem elektrik Main Switch Board (MSB) di Pejabat MPKS di mana ia akan memberikan gangguan kepada Pusat Data MPKS 

Penutupan ini akan berlangsung seperti berikut:
πŸ“… Tarikh: 28 Mei 2026 (Khamis)- 29 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 11.30 mlm hingga 3.00 pagi

Salam Aidiladha 1447H
SALAM AIDILADHA 1447H

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan ukhuwah sesama insan. Buat para jemaah haji, semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh haji yang mabrur.

PENGOPERASIAN TREM BUKIT MALAWATI SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2026
PENGOPERASIAN TREM BUKIT MALAWATI SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa perkhidmatan Trem Bukit Malawati akan beroperasi sepanjang musim cuti persekolahan pertengahan tahun bermula 23 Mei hingga 7 Jun 2026 bagi memberi kemudahan serta pengalaman menarik kepada para pengunjung dan pelancong.

PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI TREM SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA
PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI TREM SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa waktu operasi perkhidmatan Trem Bukit Malawati pada 27 Mei 2026 (Rabu) sempena Hari Raya Aidiladha adalah seperti berikut:

πŸ•‘ 2.00 petang hingga 6.00 petang

SELAMAT HARI GURU 2026
SELAMAT HARI GURU 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi dalam mendidik anak bangsa dan membentuk generasi masa hadapan yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.