Color
Text

MAJLIS IBADAH KORBAN MPKS 1446H / 2025M

Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi (KSKR) Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah melaksanakan Majlis Ibadah Korban pada 10 Jun 2025 bertempat di Ibu Pejabat MPKS.

Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan dan sejumlah 404kg daging telah diagihkan kepada pelajar tahfiz dan kakitangan MPKS.

Majlis ini melibatkan seramai 60 orang petugas yang terdiri daripada kakitangan MPKS, dengan penyertaan daripada Ahli Majlis, pegawai dan warga MPKS.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan ibadah korban ini. Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT.

#MPKS #IbadahKorban1446H #KorbanMPKS #KualaSelangor 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS