SUMBANGAN MPKS BAGI PEMBELAJARAN AUTOMOTIF KEPADA GIATMARA SABAK BERNAM
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menyumbangkan sebuah kenderaan Proton Exora 1.6 kepada GiatMARA Sabak Bernam untuk dijadikan bahan pembelajaran automotif kepada para pelajar.
Sumbangan ini membolehkan pelajar GiatMARA memperoleh pendedahan latihan amali secara langsung menggunakan kenderaan sebenar, sekali gus meningkatkan kefahaman dan kemahiran teknikal dalam bidang automotif.
Majlis penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh YBrs TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS sambil diiringi Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, pada 7 Januari 2026 jam 9.30 pagi di Ibu Pejabat MPKS.
Penerimaan sumbangan pihak GiatMARA Sabak Bernam telah diwakili oleh En. Abd Faiziladha Syahmi bin Abd Rahman, Pengurus GiatMARA Sungai Besar yang menjalankan tugas sebagai Pengurus GiatMARA Sabak Bernam bersama En. Zainal Abidin bin Busran, Tenaga Pengajar GiatMARA.
MPKS komited menyokong pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran melalui sumbangan berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada generasi muda dan komuniti setempat.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS