PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR 2026
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Peringkat MPKS 2026 yang melibatkan penyertaan lima kumpulan inovasi terdiri daripada gabungan jabatan dan unit MPKS.
Pertandingan ini menjadi platform perkongsian idea kreatif dan penyelesaian inovatif bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan, tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Semangat kolaborasi antara jabatan dan unit jelas dizahirkan melalui pembentangan idea-idea bernilai tinggi yang selari dengan agenda pemerkasaan inovasi MPKS.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan yang terlibat atas komitmen dan usaha berterusan dalam memupuk budaya inovasi di MPKS. Teruskan melakar kecemerlangan demi perkhidmatan yang lebih berkualiti dan mampan.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS