Cukai Taksiran
Cara Cara Bayaran
1. Bayaran secara dalam talian melalui saluran berikut :
a) Sistem Pembayaran Pintar MPKS (iP3KS)
c) Portal Pembayaran Sepusat Rasmi PBT (PBTPay)
d) Maybank2u Online dan CIMB Clicks.
2. Bayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter:
a) Kaunter Bayaran Pejabat Utama Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
b) Kaunter bergerak berjadual MPKS:
| Kaunter | Hari | Urusan |
|
Kaunter Bergerak Di Tapak Pasar Tanjung Karang |
Isnin |
9.00 pagi - 12.00 tengahari |
| Kaunter Bergerak Di Tapak Pasar Desa Coalfields |
Isnin |
4.00 petang - 6.00 petang |
| Kaunter Bergerak Di Bestari Jaya |
Jumaat |
4.00 petang - 6.00 petang |
| Hadapan Central Mart, Saujana Utama | Ahad | 9.30 pagi - 1.00 petang |
| Pejabat Cawangan Gerai Astana Alam, Fasa 3 |
Isnin - Jumaat Waktu Tambahan Rabu |
8.00 pagi - 4.30 petang Waktu Tambahan 5.00 petang - 8.00 malam |
c) Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.
Peringatan Penting
- Bil cukai taksiran mestilah dibayar secara pendahuluan bagi setengah tahun pertama sebelum 28 Februari dan setengah tahun kedua sebelum 31 Ogos. Bil-bil berkenaan akan dihantar kepada pemilik-pemilik ke alamat yang tercatat dalam rekod MPKS pada awal setengah tahun yang berkenaan.
- Notis tuntutan akan dikeluarkan jika pembayaran tidak dijelaskan bagi setengah tahun pertama selepas 28 Februari dan bagi setengah tahun kedua selepas 31 Ogos tanpa apa-apa amaran lain dengan kadar bayaran notis sebanyak RM20.00
- Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu jabatan ini di atas penukaran pemilik bagi harta-harta termasuk dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
- Kalau tuan/puan tidak menerima bil asal, sila datang ke pejabat MPKS untuk mengambil salinannya sebelum tempoh di atas.
- Bayaran yang diposkan menggunakan cek/kiriman wang/bank draf dan sebagainya, hendaklah dipalang "tidak boleh diniaga" dan dibayar atas nama "Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor".
- Pemilik adalah diwajibkan memberitahu Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di atas pertukaran hak milik bagi harta-harta dalam kawasan MPKS dengan melengkapkan borang I/J. Peruntukan dalam Seksyen 180 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ada menyatakan bahawa pemilik boleh dikenakan denda sebanyak RM 2,000.00 @ enam bulan penjara @ kedua-duanya sekali jika gagal berbuat demikian.
- Sekiranya terdapat pertukaran alamat terkini sila lengkapkan borang pertukaran surat menyurat yang boleh dimuat turun melalui portal MPKS.