Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

“MALAR HIJAU” SEMAIAN 33,333 ANAK BENIH POKOK BEREMBANG

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Petron Malaysia bakal menganjurkan program “Malar Hijau” semaian 33,333 anak benih pokok berembang pada 25 Ogos 2024, Jam 7.30 pagi di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan.

Pengisian utama program ini adalah semaian 33,333 anak benih pokok berembang bagi mencipta rekod baharu dalam The Malaysia Book of Records sempena sambutan tahun ketiga perbandaran pada 7 Ogos 2024.

Selain itu, turut diadakan pertandingan mewarna, pameran kaunter dan persembahan artis jemputan serta pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda.

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan program ini dan untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubungan Awam MPKS di talian 03-32891439 samb 247.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS