Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

WAKTU OPERASI KAUNTER-KAUNTER DI MPKS SEPANJANG BULAN RAMADAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa waktu operasi kaunter-kaunter di MPKS sepanjang bulan Ramadan, 2 hingga 30 Mac 2025 adalah seperti berikut:

📅 Hari Operasi: Isnin - Jumaat

⏰ Masa: 8.30 pagi - 4.00 petang

🛑 Waktu Rehat (Jumaat): 12.15 tengah hari - 2.45 petang

📍 Kaunter Terlibat:

✅ Ibu Pejabat MPKS (Kaunter Jabatan)

✅ Jabatan Pembangunan Masyarakat

✅ Jabatan Kesihatan dan Persekitaran

✅ Kaunter Bayaran Ibu Pejabat (Urusan Kaunter Bersepadu)

✅ Kaunter Bayaran Pandu Lalu (Urusan Cukai)

✅ Kaunter Cawangan (Puncak Alam)

✅ Unit Perundangan (Kaunter Bayaran)

Orang ramai yang ingin berurusan dinasihatkan untuk merancang waktu kunjungan dengan baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mpks.gov.my.

Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS #visitselangoryear2025 #surprisingselangor #selangorkanada #vsy2025