PELEPASAN PASUKAN PETANQUE NEGERI SELANGOR KE KEJOHANAN PETANQUE MAKSAK MALAYSIA 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah diberi penghormatan untuk menjadi Pengurus Pasukan Petanque Negeri Selangor bagi Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia bagi tahun 2025. Kejohanan tersebut berlangsung pada 24 hingga 27 April 2025 bertempat di Gelanggang Petanque, Kompleks Sukan Tan Sri Dato' Dr. Hj. Mohd Said, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Seramai 14 orang atlet petanque telah dipilih untuk mewakili kontinjen Negeri Selangor ke Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia kali ini. Penyertaan ini merupakan satu penghormatan dan peluang untuk memperkukuh silaturrahim serta mempamerkan semangat kesukanan antara agensi-agensi kerajaan di seluruh negara.
Majlis pelepasan atlet telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS. Turut hadir mengiringi ialah YBrs TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS dan YBrs. Puan Liliana binti Ahmad, Timbalan Setiausaha MPKS serta YBrs. Encik Puspanath Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS