PERTANDINGAN PREMIS MAKANAN BERSIH 2025 PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR
Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Kuala Selangor bakal menganjurkan Pertandingan Premis Makanan Bersih 2025 Peringkat Daerah Kuala Selangor pada 9 Jun 2025 hingga 31 Julai 2025.
Pertandingan ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan di dalam daerah Kuala Selangor. Selain itu, untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan pengendali makanan di premis makanan.
Pemilik premis makanan yang berlesen dibawah MPKS dijemput untuk turut serta menyertai pertandingan ini dan pendaftaran dibuka bermula 13 Mei 2025 hingga 30 Mei 2025 di pautan https://forms.gle/shF8cmck48zzyHrc6
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Kuala Selangor di talian 03-32811684.
Berikut adalah kategori yang ditawarkan dan syarat-syarat pertandingan:
Kategori
1) Restoran Terbuka
2) Kafeteria (Berhawa Dingin)
3) Kantin Sekolah
Hadiah
Johan – RM1,500.00
Naib Johan – RM1,000.00
Ketiga – RM500.00
Syarat-Syarat
1) Mempunyai lesen perniagaan yang SAH dari MPKS.
2) Penyertaan bermula pada 13 MEI 2025 sehingga 30 MEI 2025.
3) Pertandingan akan bermula pada 9 JUN 2025 sehingga 31 JULAI 2025
4) Segala keputusan juri adalah muktamad