Color
Text

OPERASI BERSEPADU PREMIS MESIN BITCOIN DI PUNCAK ALAM

Puncak Alam, 15 Mei – Operasi Bersepadu yang melibatkan kerjasama antara TNB Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah dijalankan bagi membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen serta penyalahgunaan tenaga elektrik di sekitar Bandar Puncak Alam. Operasi ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang dengan penglibatan seramai 41 anggota daripada kedua-dua agensi.

Empat buah premis telah diperiksa, masing-masing di Taman Industri Alam Jaya dan Pusat Perdagangan Alam Jaya. Hasil operasi mendapati semua premis menjalankan perniagaan tanpa lesen dan menggunakan elektrik secara haram. Jabatan Penguatkuasa MPKS telah mengeluarkan empat notis penutupan premis di bawah UUK PTPP (MDKS) 2007, manakala TNB bertindak membetulkan pemasangan meter selepas mengesan unsur pengusikan.

Sebanyak 62 unit mesin Bitcoin dan 18 unit kipas mesin Bitcoin telah disita daripada keempat-empat premis yang terlibat dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM300,000.00. Kesemua sitaan ini didaftarkan menerusi inventori rasmi MPKS, dan tindakan susulan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

MPKS menegaskan komitmen dalam memastikan pematuhan undang-undang di kawasan pentadbirannya, terutama berkaitan perniagaan tidak berlesen dan penggunaan tenaga secara tidak sah. Operasi seumpama ini akan diteruskan secara berkala melalui kerjasama antara agensi penguat kuasa.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS