INSPEKTORAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN SUSULAN DI MPKS
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada 15 Mei 2025 bagi melaksanakan sesi Inspektorat Keselamatan Perlindungan Susulan. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menilai semula tahap keselamatan perlindungan yang sedang dilaksanakan oleh MPKS, khususnya merujuk kepada penemuan dan syor yang telah dibentangkan semasa Inspektorat Keselamatan Perlindungan pada tahun 2021.
Pemeriksaan ini juga bertujuan memastikan pematuhan jabatan terhadap semua arahan dan panduan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan, termasuk kandungan Buku Arahan Keselamatan serta pekeliling-pekeling berkaitan, terutamanya Pekeliling Am Sulit Bilangan 3 Tahun 2021. Selain itu, ia turut menekankan keperluan pematuhan terhadap peruntukan yang terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi.
MPKS komited untuk terus memperkukuhkan aspek keselamatan perlindungan melalui pelaksanaan tindakan penambahbaikan yang sewajarnya demi memastikan tahap keselamatan yang tinggi serta pematuhan penuh terhadap peraturan keselamatan kerajaan.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS