SETIAUSAHA MPKS BERSIARAN DI SELANGOR FM
YBrs. TPr. Hj Mohamad Yusli Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), telah dijemput sebagai tetamu khas dalam segmen Teh Tarik Kopi O menerusi slot PBT & Anda yang bersiaran secara langsung di Radio SELANGORfm, bertempat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Sesi wawancara ini memberi ruang kepada MPKS untuk berkongsi maklumat berkaitan fungsi dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya MPKS dalam mengurus hal ehwal kebersihan, pembangunan bandar, dan kesejahteraan komuniti. Beliau turut menjelaskan inisiatif-inisiatif yang sedang dan akan dijalankan oleh MPKS demi manfaat penduduk Kuala Selangor.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor merakamkan penghargaan kepada pihak SELANGORfm atas jemputan ini yang menjadi platform berkesan dalam memperkukuh komunikasi antara PBT dan masyarakat. Diharapkan usaha seperti ini dapat meningkatkan kefahaman awam terhadap peranan PBT serta menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam pembangunan setempat.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS