LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR KE MAJLIS BANDARAYA IPOH BAGI PELAKSANAAN EKSA
LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR KE MAJLIS BANDARAYA IPOH BAGI PELAKSANAAN EKSA
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 23 Julai 2025 bagi mendapatkan pendedahan serta perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Norrini binti Mohd Ladzim, Ketua Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubungan Awam MPKS bersama beberapa pegawai lain dan telah berlangsung di Unit Integriti, Majlis Bandaraya Ipoh yang terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak.
Ketibaan delegasi MPKS telah disambut mesra oleh Puan Norismawati binti Ismail, Penolong Pegawai Tadbir dari Jabatan Perancangan Korporat MBI. Delegasi MPKS telah diberi taklimat terperinci mengenai pelaksanaan EKSA di MBI, termasuk strategi pengurusan, penglibatan warga kerja, serta pendekatan inovatif yang diamalkan dalam memastikan budaya kerja yang efisien dan kondusif.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada MPKS untuk bertukar pandangan serta membina jaringan kerjasama antara dua pihak dalam usaha memperkukuh amalan EKSA di peringkat pihak berkuasa tempatan.
MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh atas layanan mesra dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat sepanjang lawatan berlangsung.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS