Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

BACAAN YASIN PERDANA SEMPENA ULANG TAHUN PERBANDARAN KE-4 MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana pada 8 Ogos 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Seri Siantan, Ibu Pejabat MPKS.

Majlis dihadiri Yang Berusaha TPr. Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS, bersama pengarah-pengarah jabatan, ahli-ahli majlis dan warga kerja MPKS. Program ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan doa memohon keberkatan sempena sambutan Ulang Tahun Perbandaran Kuala Selangor ke-4.

Semoga ukhuwah yang terjalin dan doa yang dipanjatkan menjadi pemangkin kepada kejayaan MPKS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti Kuala Selangor.

#MPKS #UlangTahunMPKSKe4 #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #MalaysiaMADANI #KitaSelangorMajuBersama 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS