PENYERAHAN JALUR GEMILANG SEMPENA PROGRAM #KONVOIKITAMERDEKA2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan #KonvoiKitaMerdeka2025 daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor serta Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor pada 28 Ogos 2025, jam 10.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat MPKS.
Konvoi ini telah disambut oleh Encik Jefree bin Ab. Manaf, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS merangkap Presiden Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi MPKS.
Penyerahan Jalur Gemilang ini menjadi simbol semangat patriotisme serta kebersamaan dalam menyemarakkan bulan kebangsaan di Kuala Selangor.
#MPKS #KonvoiKitaMerdeka2025 #MalaysiaMadani #SemarakMerdeka
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS