Color
Text

MPKS DI KONTI SELANGOR FM : PBT DAN ANDA

Program PBT dan Anda bersama YBrs. TPr. Hj. Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah berlangsung pada 28 Ogos 2025 di konti Selangor FM, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Sesi temubual ini mengetengahkan perkongsian bertajuk “Inisiatif MPKS Untuk Rakyat” yang menekankan usaha-usaha berterusan MPKS dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh pembangunan mampan serta memastikan kesejahteraan masyarakat setempat sentiasa menjadi keutamaan.

Melalui sesi ini, MPKS menzahirkan komitmen untuk terus mempertingkatkan inisiatif berasaskan kepentingan rakyat, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dan perancangan strategik jangka panjang. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan MPKS sebagai Pihak Berkuasa Tempatan di daerah Kuala Selangor.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS