HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput orang ramai untuk bersama-sama menyertai Hari Bertemu Pelanggan MPKS yang akan diadakan secara maya pada 5 & 6 September 2025 melalui Facebook Rasmi MPKS.
Hadiah istimewa juga menanti 30 pelanggan bertuah yang menyertai secara maya!
Selain itu, pelbagai tawaran menarik menanti anda!
Tawaran RM10 kompaun letak kereta sebelum tindakan mahkamah (1 Ogos – 30 Sept 2025)
Pengecualian bayaran denda lewat sewa premis (1 Ogos – 15 Sept 2025)
Kempen pengurangan kompaun pelbagai MPKS – potongan 50% (7 Ogos – 16 Sept 2025)
Jangan lepaskan peluang ini!
Jumpa anda secara maya di Facebook Rasmi MPKS. Salurkan cadangan/ penambahbaikan anda di ruangan komen post terbaru Hari Bertemu Pelanggan secara maya pada 5 dan 6 September 2025 nanti.
#MPKS #HariBertemuPelanggan #KualaSelangor #MesraDanResponsif #AndaKeutamaanKami