Color
Text

KONVOI MERDEKA MPHS KE MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan Konvoi Merdeka Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada hari ini sebagai salah satu pengisian Program Konvoi Jelajah PBT Merdeka 2025 bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025.

Ketibaan delegasi MPHS diketuai oleh Puan Junainah binti Abdullah, Ketua Bahagian Korporat MPHS, telah disambut mesra oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS bersama barisan pegawai MPKS.

Majlis turut diserikan dengan ucapan alu-aluan, jamuan santai serta penyampaian cenderahati daripada pihak MPKS kepada MPHS sebagai tanda penghargaan dan semangat kemerdekaan bersama.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS