MAJLIS HI-TEA SEMPENA PELEPASAN ATLET MPKS
MAJLIS HI-TEA SEMPENA PELEPASAN ATLET MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Majlis Hi-Tea Sempena Pelepasan Atlet MPKS yang akan bertanding di Karnival Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) 2025.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS, dengan simbolik penyampaian bendera kepada pasukan atlet MPKS.
Sebanyak 5 acara sukan disertai oleh atlet MPKS pada tahun ini, iaitu:
Futsal
Dart
Petanque
Tenpin Bowling
Sepak Takraw
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua atlet MPKS. Semoga beroleh kejayaan dan mengharumkan nama MPKS di pentas SUKANUN 2025!
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS #SUKANUN2025 #JomSantaiKualaSelangor #TeamMPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS