PROGRAM SAHSIAH REMAJA “ADAB VS BIADAB” 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Program Sahsiah Remaja “Adab vs Biadab” 2025 pada 24 September 2025 bertempat di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor.
Program yang melibatkan 150 peserta daripada 7 sekolah menengah dan 3 kolej kemahiran ini bertujuan membentuk sahsiah, akhlak serta kepimpinan remaja agar menjadi generasi berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPKS, Tuan Haji Mohamad Hanafe Bin Basri. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato' Mohamad Yaacob Bin Dato' Ismail, Orang Besar Daerah Kuala Selangor; Puan Liliana Binti Ahmad, Timbalan Setiausaha MPKS; Puan Siti Nor Baiti Binti Mustafa, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor; Encik Puspanath Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS; Tuan Haji Arshad Bin Samat, Ahli Majlis MPKS; serta Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan MPKS.
Program turut diisi dengan ceramah interaktif dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama penceramah jemputan, yang memberi pengalaman pembelajaran menyeronokkan serta bermanfaat kepada peserta.
MPKS terus komited menyokong pembangunan sahsiah remaja sebagai pewaris kepimpinan masa hadapan.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #AdabvsBiadab #SahsiahRemaja #BeliaBerakhlak #PendidikanBerkualiti
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS