SESI KUNJUNGAN HORMAT PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAM KE MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Koreksional Puncak Alam yang diketuai oleh Tuan PP Affendy bin Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam pada 25 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Siantan, Ibu Pejabat MPKS.
Kehadiran telah disambut mesra oleh Yang Dipertua MPKS, YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri dan YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak demi manfaat bersama pada masa hadapan.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS