KUNJUNGAN HORMAT DONG-GU COUNCIL OF DAEJONG CITY KE MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan penuh penghormatan telah menerima kunjungan hormat daripada Dong-Gu Council of Daejong City yang diketuai oleh Madam Oh Kwan Young, Chairman of Dong-gu District Council of Daejeon City.
Kehadiran tetamu kehormat ini disambut oleh Yang Dipertua MPKS, Tuan Mohamad Hanafi bin Basri, bersama Setiausaha MPKS, TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, serta ketua-ketua jabatan dan unit MPKS.
Kunjungan ini menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua pihak, sekali gus membuka ruang perkongsian idea dan pengalaman.
Pada sesi ini turut diadakan pembentangan daripada Jabatan Landskap, Jabatan Kesihatan & Persekitaran, dan Jabatan Perancangan Pembangunan. Semoga hubungan erat ini terus terjalin demi manfaat bersama.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #KerjasamaAntarabangsa #Friendship #LocalCouncil
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS