Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PERARAKAN ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA SELANGOR

Warga Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) turut serta menyaksikan dan meraikan Perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Binti Dato' Abdul Aziz.

Perarakan penuh adat istiadat ini menyaksikan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor menaiki kereta Rolls Royce dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz menuju ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, sejauh 1.2 kilometer.

MPKS dengan penuh takzim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Istiadat Perkahwinan Diraja pada 2 Oktober 2025 bersamaan 10 Rabi’ul Akhir 1447H.

#PerkahwinanDirajaSelangor #RajaMudaSelangor #TengkuAmirShah #IstiadatDiraja #Selangor #DirajaSelangor 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS