PROGRAM PECUTAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan Program Pecutan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada 7 hingga 9 Oktober 2025 bertempat di Dewan Ixora Hill Park, Puncak Alam.
Program ini melibatkan seramai 450 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh daerah Kuala Selangor serta 20 orang penceramah mata pelajaran teras yang terdiri daripada pembuat soalan SPM. Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta teknik menjawab soalan dengan berkesan bagi membantu calon menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Puspanath A/L Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS. Turut hadir, Puan Azlina binti Hussin, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

