Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MPKS TERIMA ANUGERAH 5 BINTANG PBAT 2025, PERKUKUH KOMITMEN TERHADAP KEBERSIHAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima Anugerah 5 Bintang bagi Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran PBT Tahun 2025, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan MPKS dalam pelaksanaan perkhidmatan kesihatan persekitaran.

Anugerah berprestij ini disampaikan sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, bertemakan “Persekitaran Sejahtera, Masyarakat Harmoni, Negara MADANI”.

Hadir menerima anugerah bagi pihak MPKS ialah Puan Norrini binti Mohd Ladzim, Ketua Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubungan Awam MPKS. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming.

Penganugerahan ini menjadi bukti komitmen berterusan MPKS dalam memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#MPKS #MalaysiaMADANI #KPKT #PBAT2025 #KesihatanPersekitaran #PersekitaranSejahtera #KebersihanAwam #KualaSelangor

#IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS