Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

LAWATAN KELAB SUKAN, KEBAJIKAN DAN REKREASI MPKS KE MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)

LAWATAN KELAB SUKAN, KEBAJIKAN DAN REKREASI MPKS KE MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi (KSKR) telah mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 13 Oktober bertempat di Auditorium MBMB.

Delegasi seramai 15 orang ini diketuai oleh En. Jefriee bin Abd Manaf, Presiden KSKR MPKS merangkap Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS.

Dalam sesi lawatan ini, En. Mohd Irwan bin Samat, Setiausaha KESUMA MBMB merangkap Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBMB telah menyampaikan taklimat serta berkongsi pengalaman mengenai pengurusan kebajikan dan aktiviti kelab KESUMA. Turut hadir, Ts. Safuan Effendy bin Mat Ghani, Naib Presiden KESUMA MBMB merangkap Pengarah Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik MBMB.

Terima kasih diucapkan kepada MBMB atas sambutan mesra dan perkongsian bermanfaat yang diterima sepanjang lawatan ini.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS