Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

FESTIVAL MAKANAN WARISAN SELANGOR 2025

Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 1 November 2025 menjadi saksi kepada detik bersejarah apabila Festival Makanan Warisan Selangor 2025 berjaya mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records. Acara penuh warna-warni ini menarik kehadiran pengunjung yang bersama-sama meraikan keunikan warisan kulinari negeri Selangor.

Rekod tersebut dicapai melalui penyediaan 4,921 keping Lempeng Sagu Biji Mata Ikan yang diedarkan kepada pengunjung serta pembinaan formasi Rumah Api Kuala Selangor terbesar menggunakan 55,000 keping Kuih Beppa Pute, diselaras oleh Puspanita Negeri Selangor.

Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, YB Datuk Borhan bin Aman Shah, YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS serta TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.

Penganjuran ini turut menampilkan 12 pavillion lempeng hasil kerjasama semua Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah/Tanah Selangor. Semoga warisan kulinari negeri ini terus dipelihara, dilestarikan dan diwarisi oleh generasi akan datang.

#MPKS #SelangorHeritageFoodFestival #WarisanSelangor #MalaysiaBookOfRecords #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS