Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

2 KUMPULAN INOVASI MPKS RAIH ANUGERAH EMAS DI ICQCC 2025 TAIPEI

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) meraih pencapaian yang membanggakan di persada antarabangsa apabila dua kumpulan inovasi MPKS berjaya memperoleh Anugerah Emas dalam International Convention on Quality Control Circles (ICQCC 2025) yang berlangsung pada 3 hingga 6 November 2025 di Taipei International Convention Center (TICC), Taiwan.

Penganjuran tahun ini menghimpunkan lebih 300 kumpulan inovasi daripada 16 buah negara, menjadikannya salah satu platform inovasi berprestij yang mengiktiraf usaha pasukan berkualiti dan penyelesaian kreatif dari seluruh dunia.

Kejayaan ini diraih menerusi kumpulan Work Smart daripada Jabatan Khidmat Pengurusan/Unit Integriti yang membentangkan projek inovasi bertajuk “E-Exam System.” Projek ini dibangunkan bagi menangani isu integriti calon semasa peperiksaan pengambilan kakitangan baharu serta mengurangkan kos dan tempoh pelaksanaan peperiksaan di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Hasil analisis sistematik mendapati punca utama permasalahan ialah calon baharu yang menunjukkan kekurangan integriti walaupun telah melepasi saringan awal. Melalui pelaksanaan sistem ini, proses peperiksaan kini menjadi lebih telus, efisien dan berintegriti.

Manakala kumpulan FLEXI daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat/Jabatan Pelesenan/Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubungan Awam telah mempersembahkan projek bertajuk “Flexi Flag Pole 2.0.” Inovasi ini dihasilkan bagi mengatasi aduan tinggi berkaitan pemasangan tiang bendera bagi program rasmi.

Flexi Flag Pole 2.0 merupakan versi penambahbaikan kepada rekaan tiang bendera fleksibel yang menekankan ketahanan, kestabilan dan kemudahan pemasangan. Ia sesuai digunakan untuk acara promosi, pemasaran luar serta paparan visual, dan direka agar berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan cuaca dan permukaan.

Kejayaan kedua-dua kumpulan ini menjadi bukti komitmen berterusan MPKS dalam memperkukuh budaya inovasi serta mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan ke arah kecemerlangan organisasi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Work Smart dan FLEXI atas kejayaan yang mengharumkan nama MPKS di peringkat antarabangsa.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

#ICQCC2025

#InovasiMPKS

#WorkSmart

#Flexi