Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS SANTUNAN KASIH PENGANTIN DIRAJA BERSAMA RAKYAT

Majlis penuh bersejarah Santunan Kasih Pengantin Diraja Bersama Rakyat telah berlangsung dengan penuh adat dan kemeriahan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Majlis ini meraikan kasih dan kemesraan antara Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz bersama rakyat jelata dalam suasana penuh kegembiraan.

Pelbagai pengisian menarik turut diadakan termasuk tayangan video majlis pernikahan Diraja, ucapan rakyat, persembahan kebudayaan, pertunjukan bunga api serta jamuan makan bersama rakyat.

YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) turut menghadiri majlis berkenaan bagi mewakili warga MPKS dalam meraikan detik bersejarah ini.

#SantunanKasih #PengantinDiraja #Selangor #MajlisDiraja #BersamaRakyat #KitaSelangorMajuBersama #MalaysiaMadani #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS