KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA & TERTUTUP WANITA PIALA YANG DIPERTUA MPKS 2025
Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan bola jaring anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 8 November 2025.
Kejohanan yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS ini berjaya menghimpunkan 400 peserta dengan penyertaan 18 pasukan bagi kategori terbuka dan 18 pasukan bagi kategori tertutup Kuala Selangor.
Senarai Pemenang:
Kategori Terbuka
Johan – PEACOCK
Naib Johan – CAPKAW
Ketiga Bersama – SWIFT NC & KNICK
Kategori Tertutup Kuala Selangor
Johan – KSRG B
Naib Johan – MPKS
Ketiga Bersama – SUNSHINE & ZIRCON
Tahniah kepada semua pemenang atas semangat kesukanan dan kerjasama pasukan yang ditonjolkan sepanjang kejohanan.
#MPKS #KualaSelangor #BolaJaringMPKS #SukanUntukKomuniti #GayaHidupSihat #PialaYangDipertuaMPKS #SDG3 #SDG11 #SDG17
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

