Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS PERASMIAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ECO GRANDEUR

Pembukaan rasmi Persimpangan Bertingkat Eco Grandeur di Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR) bakal memberi impak besar kepada pembangunan sosioekonomi dan aksesibiliti kawasan Kuala Selangor.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, bersama YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.

Turut hadir YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS; YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor; serta YDH SUPT Azaharudin bin Tajudin, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor.

Persimpangan baharu ini menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi dan pelaburan di Anjung Utara Selangor, khususnya di Eco Business Park V dan Eco Grandeur.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #EcoGrandeur 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS