LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT MSN MELAKA & SEKRETARIAT SUKMA SELANGOR KE MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menerima lawatan kunjungan hormat daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka dan Sekretariat SUKMA Selangor bagi meninjau kesesuaian venue acara Bola Jaring dan Sukan Petanque sempena SUKMA ke-XXI tahun 2026.
Kunjungan ini turut dihadiri oleh Pengarah MSN Melaka, Encik Mohd Asri bin Haji Ninggal, serta disambut mesra oleh TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS bersama Encik Puspanath a/l Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS.
Lawatan ini memperkukuh jalinan kerjasama antara MPKS dan agensi sukan negeri dalam memastikan penganjuran SUKMA 2026 berjalan dengan lancar dan berkesan.
#MPKS #SUKMA2026 #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MSNMelaka #SUKMASelangor
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

