Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

FIESTA KEBUDAYAAN MADANI AHLI MAJLIS MPKS 2.0 2025

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Ahli Majlis Zon Ijok dan Jeram dengan kerjasama Pejabat Parlimen Kuala Selangor telah menganjurkan Fiesta Kebudayaan Madani Ahli Majlis MPKS 2.0 2025 pada 15 November 2025 bertempat di Padang Bukit Badong, Ijok. Program ini menampilkan pelbagai pengisian seni, budaya, sukan dan kekeluargaan yang dirangka untuk memupuk perpaduan masyarakat selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Sesi pagi dimulakan dengan Sukan Rakyat, Penalti Futsal, pertandingan Tarik Tali dan pertandingan Mewarna kategori tadika. Beberapa reruai pameran agensi seperti PERKESO, Pejabat Belia dan Sukan, NADi dan Team Selangor turut hadir memeriahkan kawasan lokasi program.

Pada sesi petang, pengunjung dihiburkan dengan pertandingan Bola Jaring Penalti, Karaoke Rakyat serta Pertandingan Pakaian Tradisi kanak-kanak bawah 12 tahun. Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan JPKK Bukit Badong dan Pilihan Ahli Majlis MPKS turut diadakan bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan kebersamaan di tapak program.

Sesi malam menampilkan kemuncak acara menerusi Majlis Perasmian oleh Tuan Haji Mohamad Faisal bin Ismail, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir ialah TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS; Encik Puspanath a/l Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS; dan Encik Omar bin Muhammad Rafiq, Pengarah Program serta Ahli-Ahli Majlis MPKS. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan seperti zapin Melayu, Gendang 24 Musim, Urumi Melam, tarian India dan persembahan akustik oleh Band TIP.

Secara keseluruhannya, Fiesta Kebudayaan Madani Ahli Majlis MPKS 2.0 2025 telah berjaya mencipta sebuah platform komuniti yang inklusif, meriah dan penuh nilai budaya. Penganjuran ini bukan sahaja merapatkan hubungan masyarakat setempat, tetapi turut menyemarakkan aspirasi Malaysia MADANI dan gagasan Kita Selangor Maju Bersama dalam komuniti Kuala Selangor.

#MPKS #KualaSelangor

#IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS