Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP JABATAN KAWALAN BANGUNAN PBT SEMALAYSIA 2025

Tahniah kepada pasukan Jabatan Kawalan Bangunan MPKS atas penyertaan dalam Pertandingan Boling Tertutup Jabatan Kawalan Bangunan Peringkat PBT Sempena Mesyuarat JKB Se-Malaysia 2025 yang berlangsung pada 14–15 November 2025 di Melaka International Bowling Centre (MIBC).

Pasukan MPKS yang diketuai oleh Encik Sarizal bin Mat Sanah @ Mohd Sanee bersama wakil Encik Khairul Adha bin Mohd Hedzer dan Encik Azman bin Hashim telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya menduduki tempat ke-6 daripada 52 pasukan.

Lebih membanggakan, Encik Azman bin Hashim turut meraih kejayaan individu dengan mendapat tempat ke-3 kategori Individu Lelaki.

Syabas dan tahniah diucapkan! MPKS terus komited menyokong penyertaan, semangat kesukanan dan kecemerlangan warga kerja.

#MPKS #KualaSelangor

#IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS