Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

SIRI PROMOSI JOM SANTAI KUALA SELANGOR DI BALAI KETIBAAN KLIA TERMINAL 1

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) meneruskan siri promosi Jom Santai Kuala Selangor di Balai Ketibaan, KLIA Terminal 1 sempena Tahun Melawat Selangor dan Malaysia.

Pelbagai tarikan pelancongan daerah diketengahkan termasuk Pusat Pelancongan Bukit Malawati, Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Sky Mirror, serta Agrotourism Homestay Sungai Sireh.

Antara yang mencuri perhatian pengunjung ialah kemunculan maskot Kelip-Kelip, aktiviti menyemat atap secara interaktif, serta tawaran diskaun istimewa ke pusat-pusat pelancongan utama di daerah Kuala Selangor.

Turut diadakan ialah sesi suai kenal bersama travel agent, sebagai platform memperkenalkan produk pelancongan serta mengukuhkan kerjasama strategik dalam mempromosikan Kuala Selangor di peringkat nasional dan antarabangsa.

Inisiatif ini diadakan bagi memeriahkan kempen Tahun Melawat Selangor dan Malaysia selain menarik lebih ramai pelancong untuk menikmati keunikan destinasi pelancongan Kuala Selangor.

#kualaselangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS