OPERASI MENYELAMAT SKUAD TINDAKAN PANTAS (PANTAS) MPKS
Skuad Tindakan Pantas (PANTAS) MPKS turun padang menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di Taman Saujana Aman pada 24 November 2025, dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang, susulan kenaikan paras air di kawasan tersebut.
Dengan kekuatan 15 anggota serta penggunaan 2 kenderaan 4x4 dan 2 bot penyelamat, pasukan berjaya mengeluarkan penduduk yang terperangkap termasuk warga emas, kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan bantuan segera.
Semua mangsa dipindahkan dengan selamat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Desa Aman tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

