OPERASI PEMINDAHAN MANGSA BANJIR SKUAD TINDAKAN PANTAS (PANTAS) MPKS
Skuad Tindakan Pantas (PANTAS) MPKS telah melaksanakan operasi pemindahan mangsa banjir pada 25 November 2025, dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang, bertempat di Pusat Jagaan Orang Tua Jashiera, Ijok, susulan peningkatan paras air yang menjejaskan keselamatan penghuni.
Dengan kekuatan 10 anggota, operasi memberi tumpuan kepada pemindahan warga emas menggunakan lori tailift bagi memastikan proses menaik dan menurunkan mangsa berlangsung dengan lebih selamat dan teratur. Bantuan mobiliti turut diberikan kepada penghuni yang uzur serta memerlukan sokongan fizikal.
Pemeriksaan menyeluruh turut dilakukan di setiap blok rumah jagaan untuk memastikan tiada penghuni tertinggal sebelum mangsa dipindahkan secara berperingkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Raffulin, SK Bukit Badong, Ijok.
Kesemua mangsa berjaya dipindahkan tanpa sebarang insiden kecederaan, dan operasi berjalan lancar dengan kerjasama padu anggota MPKS.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

