PROGRAM MENYANTUNI KOMUNITI STRATA 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menganjurkan Program Menyantuni Komuniti Strata 2025 pada 22 November 2025 bertempat di Dewan Eco Grandeur, Puncak Alam. Program ini menjadi platform libat urus secara langsung antara pihak berautoriti seperti KPKT, PTGS, LPHS dan MPKS bersama JMB, MC, wakil penduduk, pemaju dan ejen pengurusan bagi meningkatkan kefahaman terhadap peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam pengurusan komuniti strata.
Program ini turut dihadiri oleh TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS, bersama pegawai kanan agensi berkaitan termasuk KPKT, LPHS dan PTGS. Penganjuran turut diserikan dengan pembentangan kertas kerja oleh Tuan Aziz bin Hairon bertajuk “Hak Milik Strata Antara Perundangan dan Pelaksanaan”, yang memberi pencerahan jelas mengenai aspek perundangan dan pelaksanaan hak milik strata. Selain itu, sesi forum dua hala turut diadakan dengan melibatkan pegawai kanan KPKT, LPHS dan pengurusan tertinggi MPKS bersama para peserta.
Sebagai tanda sokongan kepada JMB dan MC dalam meningkatkan kesedaran penduduk, MPKS turut menyempurnakan penyampaian sebanyak 20 set bunting peringatan caj penyelenggaraan dan wang penjelas. MPKS komited untuk terus memperkukuh pengurusan komuniti strata di daerah ini ke arah persekitaran kediaman yang lebih harmoni, tersusun dan mampan.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

