Color
Text

AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015 MPKS

Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah berjaya dilaksanakan dari 24 hingga 26 November 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibu Pejabat MPKS. Hasil audit mencatatkan keputusan memberangsangkan apabila tiada Ketakakuran (NCR) ditemui, manakala sebanyak empat (4) Peluang Penambahbaikan (OFI) telah diberikan bagi meningkatkan lagi mutu pengurusan dan penyampaian perkhidmatan MPKS.

Sesi audit telah dikendalikan oleh dua orang auditor SIRIM, iaitu Ts. Norlizawati binti Yusof dan Pn. Siti Rahmah binti Ahmad yang menilai pematuhan MPKS terhadap keperluan piawaian ISO 9001:2015. Sepanjang audit berlangsung, pihak MPKS memberikan kerjasama penuh bagi memastikan proses pengesahan kualiti berjalan dengan lancar.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basre, Yang Dipertua MPKS, semasa sesi pembukaan audit. Sesi penutup pula telah disempurnakan oleh YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS. Kejayaan ini membuktikan komitmen MPKS dalam mengutamakan budaya kerja berkualiti, penambahbaikan berterusan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien kepada komuniti Kuala Selangor.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS