Color
Text

PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN MARRIS PERINGKAT AGENSI PELAKSANA TAHUN 2025 OLEH JKR DAERAH KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan pasukan audit daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor bagi pelaksanaan Audit Dalaman MARRIS Peringkat Agensi Pelaksana Tahun 2025 pada 27 November 2025. Audit ini diketuai oleh En. Mohd Rizam bin Mohd Rahim sebagai Ketua Audit.

Pelaksanaan audit ini bertujuan memastikan kepatuhan terhadap prosedur, ketelusan dalam pengurusan peruntukan serta keberkesanan pelaksanaan projek penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS. MPKS sentiasa komited memperkukuh tadbir urus, meningkatkan integriti dan memastikan setiap projek yang dilaksanakan memberi manfaat optimum kepada rakyat.

Melalui sesi audit ini, MPKS terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan khususnya dalam pengurusan aset dan infrastruktur jalan dan saliran, selaras dengan matlamat kecekapan dan ketelusan dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS