MAJLIS HI-TEA DAN PENYAMPAIAN INSENTIF ATLET PETANQUE MAKSAK SELANGOR DAN SUKSES 2025
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para atlet, pegawai serta pengurusan sukan yang telah mengharumkan nama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di peringkat negeri dan kebangsaan.
Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Insentif Atlet Petanque MAKSAK Selangor dan SUKSES 2025 telah berlangsung pada 18 Disember 2025 (Khamis), bertempat di Dewan Seri Siantan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Program ini merupakan inisiatif penghargaan kepada atlet dan pasukan sukan di bawah Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor.
Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDH Dato’ Mohamad Yaacob bin Dato’ Ismail, Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Selangor. Encik Puspanath a/l Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS merangkap Setiausaha Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor, Puan Raja Nor Farahin binti Raja Rohizam, wakil Majlis Sukan Negeri Selangor; Puan Arutselvi a/p Amalanathan, Ahli Majlis MPKS; serta Ketua Jabatan dan wakil Ketua Jabatan MPKS.
Senarai penerima insentif kemenangan melibatkan pasukan-pasukan berikut:
• Pasukan Petanque MAKSAK Selangor bagi tahun 2024 dan 2025
• Pasukan Memanah Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor
• Pasukan Ping Pong Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor
• Pasukan Sepak Takraw Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor
• Pasukan Taekwondo Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor
• Pasukan Silat Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor
• Pasukan Olahraga Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor
• Pasukan Boling Padang Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor
Selain itu, insentif khas turut disampaikan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang:
• Anugerah Pengurusan Terbaik: Pasukan Olahraga Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor
• Anugerah Pasukan Terbaik: Pasukan Boling Padang Majlis Sukan Daerah Kuala Selangor
• Olahragawan Lelaki SUKSES 2025: Muhamad Daniel Haqiem bin Azman (Sukan Olahraga), yang telah mencipta kecemerlangan dengan memecahkan dua rekod kejohanan bagi acara 200 meter dan 400 meter
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor kepada Pertubuhan Jawa Parlimen Tanjong Karang, diikuti sesi penyampaian cenderahati, bergambar beramai-ramai serta jamuan hi-tea.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MPKS dalam menyokong pembangunan sukan berprestasi tinggi, memperkukuh semangat kesukanan serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat).
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MajlisSukanDaerahKualaSelangor #MAKSAKSelangor #SUKSES2025 #PenghargaanAtlet

